Resepi

Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup

Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.

CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR

BAHAN-BAHAN:

  • Daging
  • Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
  • 2-3 helai daun nangka | jika ada

CARA-CARA:

1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.

2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.

3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.

4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.

5. Selamat mencuba.

Pernahkah anda cuba hidangan sup daging di restoran masakan Thai? Rasanya sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak yang biasanya banyak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni pula rasanya masak, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.

SUP DAGING THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging – hiris nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • 5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 1 biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih – cincang
  • 3cm halia – hiris
  • 2 batang saderi – hiris
  • 50gm cendawan
  • 5 biji limau nipis – ambil jusnya
  • Sedikit air
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
  4. Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
  5. Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
  7. Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.

Kredit resipi & foto: Rozita Daud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

68 − 64 =

error: Content is protected !!