Ibu Ni Tunjuk Cara Gubah Bunga Orkid Paling Simple, Tapi Cantik. Confirm Mak-mak Boleh Buat

Bila kita bertandang ke rumah jiran-jiran atau sanak saudara, sering kali juga mata kita  ‘tertipu’ dengan kecantikan bunga orkid yang menghiasi rungan meja makan tuan rumah. Jambangan bunga orkid tersebut nampak begitu segar berbunga, sekali gus cantik ‘meletop’ dan cukup berseri terlihat.

Dan kalau hendak tahu, harga jambangan orkid yang siap digubah itu memang boleh tahan harganya mengikut kualiti orkid yang berbeza-beza. Jadi apa kata, dalam merias kediaman ini, kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan.

Pasti anda ingin tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggubah bunga orkid tersebut bukan?

Dan alangkah beruntungnya kita kerana Puan Zaza Zalina sudi kongsikannya untuk manfaat bersama, jom semak.

Ni harga barang-barang yang digunakan:
Orkid sebatang RM14.00 (guna 5 batang)
Daun sebatang RM5.00
Ranting RM7.50 (pakai sebahagian)
Pasu RM 35.00 beli di bandar Muar
Yang lain-lain tu harga ada di peket dalam gambar
Kalau total semua RM150.00
Ada yang akak beli di kedai barang kahwin di perling jb

Langkah-langkahnya :

1

Pasu ni boleh tahan besar jugak la….jadi bawah tu saya sumbat surat khabar bagi mampat, pastu bubuh span atas tu. Guna span 2 setengah pcs.

2

Mula-mula saya guna gam putih tu…tapi kena tunggu kering pulak. Nak cepat saya guna hot glue untuk tepek-tepekkan lumut palsu.

3

Cucuk semua orkid dulu. Selepas itu baru cucuk buluh dan ikat dengan dawai.

4

Hiaskan ikut kreativiti.

5

Siap

sumber: Zaza Zalina via Kelab Kaki Deko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 4 = 9