Resepi

Sedap Pekena Musim Panas, Ini Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi

Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan aiskrim dan minum air sejuk je kan? Sesekali ‘pekena’ puding dan jelly mesti sedap kan? Apa kata kita cuba buat puding marble yang cukup legend ni. Fuh, bayangkan nikmatnya bila dimakan sejuk-sejuk…!

Sebenarnya senang sangat nak membuatnya. Guna bahan pun tak banyak. Jom kita tengok resepi puding marble yang dikongsikan oleh Puan Maria Bentalib ini. Katanya, resepi ini merupakan resepi turun-temurun daripada ibunya. Siap tunjukkan step-by-step sekali tau.

Ini resepi puding marble beliau selengkapnya.

Resepi Puding Marble Yang Paling Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan

  • 2 bungkus agar-agar tali
  • 2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 800g gula kasar
  • 10 mug / 1300 ml air
  • 4 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air suam
  • Sedikit pewarna merah / sirap

Cara-cara

Masak Agar-agar

  • Mula-mula, masak agar-agar di atas api sederhana sehingga hancur. Bila dah hancur, masukkan gula dan kacau sebati. Bila gula dah larut dan agar agar tu dah agak pekat, padamkan api.

2. Tapis Agar-agar

  • Tuang dan tapis agar-agar tadi ke dalam sebuah periuk lain. Letak atas dapur dan nyalakan api sederhana.

3. Pukul Susu Cair Bersama Telur

  • Dalam sebuah bekas lain, campurkan susu cair dan telur. Pukul sekejap guna garfu pun boleh.

4. Campurkan

  • Padamkan api agar-agar tadi. Kemudian, campurkannya bersama adunan susu cair dan telur yang telah dipukul.

  • Letakkan esen vanila dan kacau. Nyalakan api sederhana semula dan biarkan hingga mendidih. Bila dah agak pekat, padamkan api.

5. Asingkan Kepada 3 Bahagian

  • Bancuhkan serbuk koko dengan sedikit air suam.

  • Masukkan 3 senduk adunan agar-agar yang dah dimasak tadi ke dalam mangkuk koko yang dah bancuh ngan air suam ni tadi.

  • Masukkan juga 3 senduk lagi ke dalam mangkuk pewarna merah.

  • Selebihnya tuangkan dalam mangkuk acuan.

6. Corakkan

  • Sekarang kita akan corakkan dengan metakkan bancuhan serbuk koko seperti di dalam gambar.

  • Kemudian giliran warna merah pula diletakkan.

  • Boleh guna lidi untuk menjadikan corak lebih menarik. Tapi buat zig zag beberapa kali je dah cukup ya. Jangan godak atau kacau agar-agar tu nanti corak tak cantik sebab warnanya akan bercampur jadi warna lain.

7. Sejukkan

  • Selesai semua, tutupkan bekas dan simpan dalam peti sejuk, bukan freezer ya.

Siap!

  • Agak-agak dah keras dan sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan. Wah, memang menggoda tengok hasilnya. Coraknya menarik, rasanya pun tentulah sedap, lembut dan lemak berkrim.

Taklah susah sangat nak buat sendiri dekat rumah, kan? Bolehlah buat minum petang atau bawa ke majlis-majlis. Mesti seronok sebab dapat makan puas-puas. Jadi, apa lagi. Bahan pun banyak yang dah ada dekat rumah tu. Insha Allah gerenti puas hati dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54 − = 46

error: Content is protected !!