Wanita Ini Kongsi Rahsia Cantikkan 7 Bahagian Tubuh Guna Minyak Halba Homemade

Nak cantik ada banyak cara, bukan hanya bergantung kepada penggunaan produk mahal semata-mata. Ada juga bahan di sekeliling anda yang boleh membantu untuk tujuan tersebut.

Tahu kan biji halba? Selalu ibu-ibu menggunakan bahan ini dalam masakan. Petua cantik kali ini dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II menerusi laman facebooknya.

Selalu orang buat minum. Bagus untuk masalah dalaman, NAMUN tahu tak halba yang di masak dengan minyak zaitun boleh cantikkan awak secara semulajadi?

Cara dia mudah saja:

  • 50G halba (di kisar lagi bagus)
  • 2. 100ML minyak zaitun

Masak dengan api yang perlahan selama 20 minit. Kacau lawan jam sambil niat baik baik. Biarkan sejuk . Perap masuk dalam botol semalaman. Lagi lama perap lagi bagus.

Kemudian tapis ambil minyaknya. Simpan dalam botol pump supaya mudah nak pump minyak tu. Simpan suhu bilik boleh tahan 5 bulan. Hampas tu jangan di buang. Boleh buat scrub muka atau badan. Campur dengan yogurt. Kan tak membazir namanya. Hihihi.

Okay, ada 7 kegunaan minyak ni. Kasi merecik dari atas sampai bawah.

1. Sapu di muka sambil urut muka untuk kulit lembap dan mampu mengecutkan jerawat. Selain itu parut parut pun pudar. Baik untuk kulit sensitif. Lepas urut tu tak perlu cuci. Urut muka sebelum tidur. Lepas urut terus tidur. Esok pagi jer bangun cuci muka tu.

2. Boleh campur dalam sedikit yogurt untuk di jadikan masker muka. Biar la dalam 20 minit. Lepastu cuci dengan air biasa.

3. Selalu sapu dan urut wajah dengan minyak ini, kulit semakin tegang dan garis halus serta kedutan berkurangan. Awet muda gitew.

4. Sapu di seluruh kepala setiap malam sambil urut kepala mampu membantu rambut lebih sihat, lebat, tidak bercabang dan cepat panjang

Minyak halba penuh dengan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, dan vitamin B12 dan B6, yang dipercayai mempunyai manfaat optimum untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Kulit kepala sihat dapat membantu melindungi kulit kepala yang kering, kelemumur serta gatal gatal. Paling best rambut kurang gugur.

5. Minyak halba besarkan payudara. Ini rahsia orang lama. Selepas mandi, setiap hari ambil sedikit minyak dan urut buah dada 10 minit. Bolattt elok nanti buah dada tu. Nak lagi cepat montok boleh tambah minyak ikan (omega3 tu) bukan minyak ikan goreng ya.

Ramuan ni boleh juga di sapu di punggong sambil urut. Selain membantu menaikkan punggung, kulit kawasan punggong pun akan jadi warna sekata dan halus. In Sha Allah, akan dapat hasil yang menakjubkan jika di amalkan secara konsisten.

6. Sapu setiap hari di kawasan kulit yang kering seperti kaki, siku, lutut dan tangan untuk dapat kan kulit lembap dan halus

7. Sapu di belakang badan untuk kecutkan jerawat badan. Apa apapun, penggunaan perlulah istiqamah baru dapat hasil yang best best.

Kos bahan pun murah jer

  • Halba 50 GRAM RM0.50
  • Minyak zaitun 100ML RM9.50 (ikut brand)

Modal RM10 tapi boleh pakai untuk pelbagai. Sangat sangat berbaloi lah. Tak rugi pun cuba.Selamat mencuba semua❤️ Halba tu kalau nak buat serbuk, panggang halba sampai kering baru kisar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + 6 =