Resepi

Rahsia Sebenar Buat Sambal Belacan Kaw, Kena Letak Parutan Kulit Limau Kasturi Tapi Ada Caranya Agar Tak Pahit, Begini Rahsianya

Stok sambal belacan mesti kena ada selalu sebagai pembuka selera ketika makan. Untuk dapat sambal belacan yang sedap dan ‘kaw’ kena letak parutan limau kasturi, tapi ada cara-caranya agar ia tak pahit.

Ini antara resipi yang mak-mak ‘hantu’ sambal belacan boleh cuba, perkongsian dari Cik Ca.Menurut wanita ini, lebih lama disimpan sambal belacan ini, makin sedap.Paling penting, hanya masukkan parutan kulit limau bahagian hijau sahaja dan jangan sesekali termasuk biji dan tangkainya.Ia buatkan sambal belacan jadi pahit nanti.

Berikut antara perkongsian resipi daripada beliau;

CA SEKELUARGA NI JENIS HANTU SAMBAL BELACAN.SEKALI BUAT STOK TU DIA.RESEPI ADA CA BAGI BOLEH TENGOK.BUAT CICAH DENGAN IKAN SARDIN GORENG,ULAM.ADUHHH PEKAT KAW.MAKAN DENGAN SEMUA BENDA SAMBAL NI.

TAK GUNA AIR KOSONG.DARI AIR BAWANG,CUKA,AIR ASAM LIMAU KASTURI.NI CA BUAT 5 KALI GANDA SUKATAN.KALAU NAK BUAT BANYAK PON,JUST GANDAKAN JE LAH EA SUKATAN DI BAWAH.SAMBAL NI PEDASNYA LEVEL RENDAH SEBAB GUNA CILI MERAH BESAR BANYAK DARI CILI HIJAU THAI.

SAMBAL NI TAK PERLU TUMIS YA. MEMANG KALER DIA CANTIK CAMTU SEBAB DIA AKAN MASAK PERLAHAN-LAHAN SENDIRI HASIL AIR PERAHAN LIMAU .MAKIN LAMA MAKIN SEDAP.RESEPI CA BAGI NI UNTUK 1 SUKATAN SENANG NAK BUAT SIKIT.CA BUAT DALAM PIC TU 5 KALI GANDA .

Bahan-Bahan:

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay 2 dah cukup )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan bakar juga ( alur air jgk sblum bakar )
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
  • 3 sudu besar Gula putih
  • 2 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil perasa
  • 2 sudu kecil cuka makan
  • 9-10 biji asam limau kasturi saiz kecil kalau saiz sederhana besar 6/7 biji je
  • 1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal.

Cara Membuat:
1.Alur air (basuh bawah air paip ) bawang merah dan bawang putih sekejap,belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi amek masa lama sikit tuk masak.Takpe bagi dia hangit kulit tu.Nanti nak blend baru kupas.Tak perlu basuh dah.

2.Potong cili ,alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga.Itu tips juga tu nak bagi sambal sedap.

3.Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili.Bawang bakar tadi, gula,garam gula perang,air perahan limau kasturi,belacan,bawang putih,cuka. Tapis ketika perah limau kasturi tuk elak biji masuk.Lepas tu kisar bagi lumat.

4.Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.Kisar ikut tahap lumat yang nak mahu.

5.Lepas tu tabur kulit limau yg diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.CA suka camni.Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.

Sambal belacan ni tak tumis atau masak atas dapur.Letak kulit limau parut guna lapisan hijau je.Tapis air limau dab jangan bagi biji masuk walau satu pun utnuk elak pahit.Ini 5 kali ganda sukatan yang diberi sebab CA mmg buat banyak sekali.

Simpan kat luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap.

Selamat Mencuba!

Sumber: Cik CA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!