Resepi

Resepi & Step By Step Cara Buat Kek Karamel Alunan Kasih

Kek Karamel ni memang sedap. Gabungan antara Puding Karamel dan kek yang gebu sangat serasi serta memikat selera. Pendek kata, sekali rasa pasti nak cuba lagi. Ramai yang tertanya-tanya, macam mana kek + puding ni dibuat. Ada yang pernah cuba tapi tak menjadi. Meh cuba resipi perkongsian saudari Nor Fatihah ni. Pasti puas hati. Kek pun cantik. Sesuai sangat buat sempena hari jadi.

KEK KARAMEL ALUNAN KASIH

BAHAN KARAMEL / GULA HANGUS:

( Tabur gula di dalam loyang saiz 9 inci. Masak atas api kecil hingga gula cair dan bertukar warna perang muda. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.

BAHAN PUDING:

  • 2 biji telur – putih & kuning
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla

( Kacau semua bahan-bahan dengan garpu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapis ke dalam loyang berisi karamel @ gula hangus.)

BAHAN MERINGUE:

  • 6 biji putih telur – pastikan tiada bercampur kuning telur & air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu teh cream of tartar

( Pukul semua bahan dengan kelajuan high speed hingga kental & bertanduk. Meringue mencapai tekstur yang terbaik adalah apabila bekas diterbalikkan, adunan tidak tumpah.)

BAHAN KEK:

  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan minyak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan serbuk penaik
  • Pewarna pink dan hijau secukupnya
  • Serbuk koko / milo secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanilla hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah dan keatas perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian dicampur dengan pewarna dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu pada suhu 170C.
  5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau keatas dan sekeliling puding secara perlahan-lahan. Adunan akan terapung ye. Jadi tak perlu ratakan untuk dapatkan corak kek yang beralun.
  6. Kemudian masukkan koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi permukaan lapisan hijau tadi. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan lagi. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
  7. Kaedah bakar secara ‘water bath’ – Letak loyang kek ke dalam loyang saiz 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit.
  8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Kemudian 15 minit terakhir, guna api atas sahaja. ( masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.)
  9. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang dari loyang. Terbalikkan perlahan-lahan ke atas pinggan.

10. Sedia untuk dinikmati.

Apa kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

88 + = 92

error: Content is protected !!