Resepi

Cara Buat Daging Burger Homemade Tanpa Lemak Paling Sedap

Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burget, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba!

DAGING BURGER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
  • 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
  • 1 sudu teh serbuk blada hitam
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Kisar telur sampai berbuih.
  2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
  3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
  4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
  5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.

ATAU

  1. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.

NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 70 = 78

error: Content is protected !!