Cara Buang Kesan Putih Pada Sayur Brokoli Sebelum Masak. Guna 3 Bahan Dapur Saja Baru Betul Bersih

Sayur brokoli memang jadi kegemaran ramai, sebab ia rangup, enak dan banyak khasiat. Kalau ke pasar brokoli antara sayur yang mesti dibeli. Tapi bila pulang dan bersihkan sayur ini kita mesti perasan pada permukaan gugusan brokoli yang hijau ada kesan putih seakan lilin.

Kita sendiri tahu untuk memastikan sayur-sayuran segar sudah pasti ada penggunaan bahan kimia dan racun digunakan. Menyedari perkara ini, Puan Salmy Saznira berkongsi cara yang dilakukan untuk membersihkan kesan putih pada brokoli agar kita tak lagi rasa was-was untuk menikmati sayur ini.

Warna putih seakan lilin

Dulu Kak Mie dan famili tak suka makan sayur brokoli ni. Tapi sejak akhir-akhir ni semakin minat pulak. Pendek kata tak leh nampak brokoli segar pasti nak angkut beli.

Kalau perhati betul-betul, atas gugusan brokoli ni ada warna putih-putih kelabu kan. Semacam lilin pun ada. Cuba alirkan air, pasti air tak boleh lalu ke dalam tu. Ada perasan tak?

Kebanyakan brokoli di tempat kita ni banyak yang diimport, nak bagi sayur segar sokmo bahan kimia bubuh situ. Tu la Kak Mie cuba cari jugak cara nak bersihkan racun-racun tu. Alhamdulillah jumpa dah. Rasa bersih sikit la nak makan.

Bersih guna 3 bahan dapur ini saja

Caranya mudah jer. Guna semua bahan yang ada kat dapur.

  1. Cuka (Kak Mie guna cuka epal)
  2. Garam (Kak Mie guna garam himalaya pink)
  3. Air bersih

Rendamkan brokoli dalam air cuka dan garam dalam 3-5minit. Lepas tu bilas bersih. Insya-Allah.

Cuba rujuk video kat bawah. Kak Mie ada buat eksperimen.

  • Brokoli (kiri) sebelum direndam.
  • Brokoli (kanan) selepas direndam. Jelas nampak air boleh tembus masuk dalam gugusan brokoli (racun lilin dah hilang).

Kalau nak cuba garam biasa pun boleh, contoh dalam video di bawah:

Author: JVC

Leave a Reply