Umum

Rupanya Anda Boleh Kena Denda Kalau Pasang Khemah Kenduri Menghalang Jalan

Senario biasa yang selalu kita lihat apabila khemah dipasang di hadapan rumah terutamanya di kawasan taman-taman perumahan jika adanya majlis perkahwinan, kematian atau apa sahaja majlis keramaian. Tetapi sebenaranya, adakah boleh meletakkan khemah di kawasan laluan jalan awam ini? Jawapan asasnya adalah tidak boleh sama sekali.

Untuk pengetahuan anda, perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Seseorang itu dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau halangan di kawasan awam. Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Memetik perkongsian daripada PanduLaju.com.my, janganlah terkejut sekiranya kenduri anda diserbu pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan seperti dinyatakan di atas. Mungkin ada jiran yang buat laporan, atau dilaporkan orang luar yang lalu di kawasan anda, atau kebetulan abang penguatkuasa terperasan.

Bagaimanapun, kesalahan seperti ini sangat jarang berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia memilih untuk tidak mahu bikin kecoh, nanti takut diajak bertumbuk pula. Walhal, perangai tuan majlis pun semacam mementingkan diri.

Jadi nasihat kami gunalah akal budi atau common sense masing-masing. Beritahulah jiran tetangga seandainya ada majlis mahu dibuat yang memerlukan laluan ditutup. Sesetengah kawasan kejiranan, terutama di bandar besar seperti di perumahan flat dan apartment dengan parkir terbuka dan sesak, ialah kurang sesuai dibuat majlis keramaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

63 − 61 =

error: Content is protected !!