Kisah Penceraian

Isteri Nak Buat Apa Bila Suami Lafaz Cerai? Menangis Lama-Lamapun Tak Guna. Lakukan Langkah Ini

Penceraian barangkali bukanlah penyelesaian yang paling ideal untuk pasangan suami dan isteri. Tidak semudah yang disangkakan, bagi pasanganyang sudah mempunyai anak, pasti keputusan ittu akan difikirkan berulang kali demi mengenangkan nasib anak yang mungkin hidupnya bakal sengsara di kemudian hari.

Islam membenarkan perempuan memohon cerai daripada suaminya berlandaskan beberapa sebab tertentu termasuklah:-

Alasan PERTAMA
Apabila suami sudah jelas membenci isterinya serta melakukan perkara yang menyakiti isterinya namun, si suami tersebut masih sengaja tidak mahu menceraikan isterinya.

Alasan KEDUA
Perangai atau sikap seorang suami yang suka menzalimi isterinya, contohnya suami suka mengasari, menghina isterinya, suka menganiaya, mencaci maki dengan perkataan yang kotor.

Alasan KETIGA
Seorang suami yang tidak menjalankan kewajiban agamanya. Sebagai contoh, seorang suami yang gemar berbuat dosa, suka minum arak, suka berjudi, suka berzina (curang), suka meninggalkan solat dan sebagainya.

Alasan KEEMPAT
Seorang suami yang tidak melaksanakan hak ataupun kewajibannya terhadap sang isteri. Seperti contoh sang suami tidak mau memberikan nafkah kepada isterinya, tidak mau membelikan kebutuhan utama isterinya seperti pakaian, keperluan peribadi, makan dan lain-lain, padahal sang suami mampu untuk membelikannya.

Alasan KELIMA
Seorang suami yang tidak mampu menggauli isterinya dengan baik; seperti seorang suami yang cacat, tidak mampu memberikan nafkah batin (jimak), atau jika dia seorang yang berpoligami dia tidak adil terhadap istri-istrinya dalam mabit (jatah menginap), atau tidak mau, jarang, enggan untuk memenuhi hasrat seorang istri karena lebih suka kepada yang lainnya.

Alasan KEENAM
Hilangnya kabar tentang keberadaan sang suami; apakah sang suami sudah meninggal atau masih hidup, dan terputusnya kabar tersebut sudah berjalan selama beberapa tahun. Dalam salah satu riwayat dari Umar Radhiyallahu’anhu, kurang lebih 4 tahun.

Namun begitu, adalah sangat jarang untuk wanita meminta cerai daripada suaminya kerana yang sering terjadi dalam masyarakat kita adalah suami yang menceraikan isteri. Jadi, apa yang harus dilakukan oleh si isteri apabila sang suami mengungkapkan kata cerai?

Kenal Pasti Lafaz Cerai Suami

Dalam konteks lafaz cerai terdapat dua jenis yang perlu diketahui iaitu lafaz jelas dan lafaz tidak jelas.

1. Lafaz talaq secara jelas (Soreh): Lafaz cerai dilakukan dalam keadaan waras, lafaz yang menunjukkan maksud perceraian dengan terang dan jelas seperti menggunakan lafaz ‘talaq’ atau ‘cerai’ dan tidak memerlukan niat. Contohnya, “Aku ceraikan kau dengan talaq satu”.

2. Lafaz talaq secara sindiran (Kinayah): Apabila lafaz cerai dibuat ketika dalam keadaan marah dan emosi, mungkin tidak terniat di hati tetapi cuma sekadar untuk mengeluarkan kata ugutan atau melepaskan amarah. Contohnya: “Pergi balik rumah ibu bapa kau, aku sudah tak mahukan kau lagi”.

Rujuk Mahkamah Dalam Tempoh 7 Hari

Jika tidak dapat dipastikan kerana kata-kata suami melafazkan kata-kata secara sindiran, anda sebenarnyaperlu terus menuju ke mahkamah syariah terdekat untuk merujuk dengan yang lebih arif.

Jangan dibiar tangguh kerana ia akan membawa musibah di masa yang akan datang. Jika mempunyai perasaan ragu-ragu sebaiknya pergi ke mahkamah untuk membuat laporan. Si isteri boleh membuat laporan (failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah) di mahkamah syariah tanpa perlu ditemani suami.

Setelah itu, pihak mahkamah sendiri yang akan menentukan sama ada talak tersebut sah atau pun sebaliknya.

Kesan-Kesan Penceraian

Hadith Rasululllah SAW bermaksud:“Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah talaq.” (Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Pastinya, perbuatan yang buruk akan ada kesan negatifnya baik kepada si pelaku mahupun orang di kelilingnya. Apabila pasangan bercerai, is secara tidak langsung memberi:-

Kesan Emosi Terhadap Pasangan

Setiap pasangan yang melalui pergolakan akan tertekan menjadi marah, sedih, tidak tentu arah, putus asa dengan hidup dan sebagainya. Ia bukan sahaja akan mengganggu emosi malah mempengaruhi daya fokus seseorang sehingga melibatkan karier.

Beban Tanggungan 

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah -sebagai ibu/bapa tunggal yang harus mencari nafkah seorang diri.

Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa.

JVC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

41 − = 35