Kehidupan Panduan Kesihatan Petua Tips Umum

Bila Duduk Rumah 24 Jam, Ramai Risau Berat Badan Naik. Kerap Masak Maknanya Kerap Makan!

Bila Duduk Rumah 24 Jam, Ramai Risau Berat Badan Naik. Kerap Masak Maknanya Kerap Makan! | Bila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, mula kedengaran rungutan tak kira daripada lelaki atau wanita, berat badan dah makin naik! Mak ai! Siapa tak risau?

Bagi mak-mak yang terpaksa bekerja dari rumah, cabaran besar juga sebab dalam masa yang sama perlu uruskan anak-anak dan kerja rumah. Takkan dah duduk rumah, masak pun tak nak kan? Dalam hal ini, pandai-pandailah bahagikan masa agar tanggungjawab dan amanah majikan dapat dipenuhi.

Asyik Masak Jer!
Bila anak-anak memerap di rumah, dapur adalah ‘destinasi’ wajib mereka. Sekejap-sekejap jengah dapur… buka peti ais, buka tudung saji. Baru sudah sarapan, dah tanya tengah hari nanti nak makan apa? Aduh. Macam mana mak-mak tak garu kepala! Rasanya kebanyakan mak-mak mengalaminya bukan?

Bila anak asyik bagitahu lapar, tak sampai hati mendengarnya. Jadi, mesti akan masak ‘complete’; sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam bahkan sekali dengan ‘supper’ (makan lewat malam).

Penat Tapi Bahagia
Bila macam-macam makanan ada, anak-anak (dan juga suami) mesti seronok kan? Mak-mak pula…bukannya tak seronok, kata orang, gembira bila tengok anak dan suami kenyang makan air tangan kita. Hilang rasa penat. Tapi, yang jadi kerisauan, bila kita masak, kita pun akan makan juga. Akhirnya tanpa sedar, baju dan seluar makin mengetat bila berat makin naik!

Inilah yang mak-mak paling risau sebenarnya. Mintalah masak apa saja, tak jadi masalah. Yang jadi masalah bila badan kita makin berat.

Ada beberapa tip mudah yang boleh diikuti untuk kawal supaya berat badan tak mencanak naik.
1 – Puasa
Tak lama lagi Ramadan bakal menjelma. Puasa dah ganti belum? Jika belum, inilah waktu tepat untuk kita ganti puasa. Atau kalau pun dah selesai ganti, boleh puasa sunat. Pahala dapat, berat badan pun terkawal.

2 – Bersenam Dengan Buat Kerja Rumah
Tak ada masa nak bersenam? Tak perlu khuatir. Kalau rasa hari itu terlebih makan, cepat capai mop dan sila mop lantai rumah atau sental bilik air, gerenti kita banyak berpeluh. Cuma, larat atau tak saja. Yelah, dah penat masak.

3 – Elak Masak Makanan Kesukaan Sendiri
Cuba ingat, mungkin ada masakan kegemaran anak-anak dan suami, tapi kita kurang menggemarinya. Ha..apa kata masak hidangan itu lebih kerap? Bila kita masak masakan yang kita sendiri tak berapa suka, dengan cara ini akan membantu kita tidak makan dengan banyak.

4 – Masak Secukupnya Saja
Kadangkala sudah terbiasa sikap mak-mak yang suka masak lebih. Takut tak cukup. Tapi kena ingat, kalau kita masak sepanjang hari, tak akan timbul isu tak cukup makanan. Yang jadi kerisauan, bila makanan tak habis, kita yang akan habiskan walau pun jam menunjukkan angka 10 malam! Sikap ini juga boleh menyumbang pada kenaikan berat badan.

5 – Atur Menu
Mak-mak kena bijak untuk susun menu harian. Kalau boleh, seimbangkan. Jangan hari-hari masak berlemak dan berminyak saja. Bukan anda saja yang bertambah berat badan, takut nanti anak-anak dan suami pun ikut ‘bambam’. Variasikan hidangan. Masakan yang lebih sihat seperti singgang dan asam rebus pun sedap. Selain itu, jangan lupa buah-buahan sebagai snek sihat untuk keluarga.

Dalam situasi sekarang, tak ada salahnya jika kita ‘catu’ sedikit makanan. Jadi bekalan makanan pun taklah cepat habis. Ia juga menggelakkan kita kerap keluar membeli barang dapur. Bermakna, kita juga meminimumkan risiko kita untuk terkena jangkitan virus Covid 19 yang sangat ditakuti sekarang ini!

Selamat mencuba!

Sumber via Petua Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 4 =