Umum

Rakyat Malaysia Kini Boleh Beli Insurans Motosikal & Perbaharu Cukai Jalan Secara Online

Bermula 1 Januari yang lalu, buat pertama kalinya, penunggang motosikal di Malaysia boleh membeli insurans motosikal secara dalam talian melalui Loanstreet

Loanstreet telah melancarkan perkhidmatan agensi insurans dalam talian bagi menangani masalah kurangnya perlindungan insurans terhadap penunggang motosikal di Malaysia sedangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal adalah sangat tinggi seperti yang dilaporkan dalam kajian yang diterbitkan oleh IATSS Research.

“Kami mahu memastikan bahawa jumlah motosikal yang tidak mempunyai insurans atas jalan raya berkurangan dengan memberi perkhidmatan insurans atas talian yang pantas dan mudah,” kata Jared Lim selaku Pengarah Urusan Loanstreet.

Di samping menawarkan pembelian insurans motosikal, platform ini juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan serta perkhidmatan insurans kereta dan insurans perjalanan

Menurut Jared Lim lagi, “Cukai jalan kadang-kala mudah dilupa dan diabai namun amat diperlukan, oleh itu, kami menambah perkhidmatan cukai jalan atas talian sebagai pelengkap kepada insurans motosikal.”

Proses pembelian dan pembaharuan ini boleh dilakukan menggunakan telefon pintar dan hanya akan memakan masa 5 minit sahaja. Tiga langkah mudah menggunakan Loanstreet Insurance Portal secara atas talian:

  1. Memasukkan nombor pendaftaran kenderaan disertai dengan butiran peribadi
  2. Menyatakan ‘Setuju’ dengan harga dan membuat pembayaran
  3. Menerima ‘Nota Perlindungan‘ atau cover note melalui emel yang didaftarkan

Setelah selesai dengan ketiga-tiga langkah itu, insurans yang dibeli akan dihantar kepada pelanggan dengan kadar segera.

Loanstreet dengan kerjasama Zurich General Insurance Malaysia Berhad melancarkan platform ini bagi “membantu rakyat Malaysia agar terus dilindungi di atas dan diluar jalan raya”

“Di Zurich, kami mengalukan langkah inovatif untuk membantu rakyat Malaysia agar sentiasa dilindungi semasa di atas jalan raya ataupun tidak. Kami percaya Portal Insurans Loanstreet akan memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan,” jelas Junior Chom selaku Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurus Pemasaran Insuran Am dan Takaful Zurich Malaysia.

Dengan bantuan Finology Sdn Bhd, penyedia teknologi di sebalik perkhidmatan itu, Loanstreet bercadang untuk memberikan khidmat perbandingan pelan insurans dan kadar untuk membantu pelanggan membuat penilaian terbaik yang mampu memenuhi keperluan mereka.

Tunggu apa lagi? Dapatkan insurans motosikal anda melalui Loanstreet sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

77 − = 73

error: Content is protected !!