Petua

Guna Beras, Kacang Hijau dan Kulit Telur Untuk Hasilkan Baja Orkid Yang Malas Berbunga

Orkid anda kedekut utuk kelnuarkan bunga? boleh cuba baja ‘2 in 1″  yang dicadangkan oleh Nurul Maranee di dalam group Orkid-penanaman dan penjagaan.

Bahan-bahan: 

  • Kulit telur Secukupnya
  • 1 Cawan Kacang hijau
  • 1 Cawan beras
  • 4 Cawan Air tanpa klorin

Cara-cara:

1. Kulit telur dikeringkan sepenuhnya sama ada dengan cara menjemur atau sangai atas api perlahan

2. Rendam 1 cawan kacang hijau bersama 2 cawan air semalaman

3. Rendam beras bersama 2 cawan air semalaman

4, Selepas rendam kacang hijau dan beras semalaman, satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat

5. Selesai dikisar halus, masukkan bahan ke dalam bekas kedap udara. Peram 3-4 hari kemudian diTapis. Hampas kisar boleh dijadikan baja pokok buah

6. Untuk kegunaan, Campurkan 5ml baja “2in1” bersama 1lt air. Sesuai dijadikan sebagai siraman atau sembur pada pokok.

Ini hasilnya, pokok yang kedekut sangat nak berbunga selepas diberi baja ‘2in1″ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 4 =

error: Content is protected !!