Tips

Sebenarnya Sangat Bagus Bawa Anak Main Di Pantai. Jangan Fikir Kotor

Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir. Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki.

Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus. Ia boleh merangsang sensori pada diri kanak-kanak itu. Kita patut mengalakkannya untuk anak teroka dan rasai pengalaman itu sendiri. Bukannya selalu pun hanya waktu tertentu sahaja.

Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, eksplorasi sensori merujuk kepada keadaan ketika kanak-kanak sedang bermain dengan stimulasi pelbagai medium sensori.

Sebagai contoh, semasa bermain di pantai kanak-kanak akan mendapat pelbagai stimulasi sensori penting. Antaranya ialah:

Tactile: Bila kanak-kanak sentuh tekstur pasir, air dan campuran pasir dengan air laut

Vestibular & Proprioseptif : Bila kanak-kanak perlu melakukan pergerakan tubuh semasa berjalan di atas pasir dan di dalam laut.

Visual: Bila kanak-kanak perlu melihat objek yang bergerak di atas air, objek tersembunyi di sebalik pasir, dan membezakan bentuk-bentuk objek yang dijumpai

Auditori: Bila kanak-kanak perlu fokus pada bunyi suara ibu ayah dan adik-beradik di samping bunyi deruan ombak yang kuat.

Gustatori: Bila anak rasa masinnya air laut

Kesemua ini adalah perkara-perkara penting yang akan mengukuhkan foundasi perkembangan kanak-kanak. Kesemua ini juga adalah pencetus kepada minat kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan orang di sekililingnya:

1. Melihat adik-beradik main pasir, membina istana pasir lantas teruja meniru.

Meniru atau imitasi perbuatan adalah kemahiran asas sosial komunikasi yang kanak-kanak perlukan bagi membolehkan mereka belajar bertutur.

2. Cuba menyelesakan diri dengan kesan air laut dan pasir pada tubuh.

Ini meningkatkan kesedaran tubuh, iaitu kemahiran yang sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak selesa dengan tubuhnya, dan seterusnya mengurangkan anxiety. Ini akan membuatkan kanak-kanak lebih selesa untuk bersosial dan berkomunikasi.

3. Sifat ingin tahu melihat pelbagai objek yang dijumpai di pantai.

Sifat ingin tahu akan mencetuskan insiasi komunikasi. Anak akan teruja untuk melakukan perhatian bersama ibu bapa untuk memenuhi sifat ingin tahu mereka.

Sumber: OT AisyahRozalli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 4 =