Umum

AWAK DAH BERUBAH SEKARANG, MASA BERCINTA DULU TAK MACAM NI

AWAK DAH BERUBAH SEKARANG, MASA BERCINTA DULU TAK MACAM NI

Hampir semua pasangan hadapi perkara ini. Kalau kita faham konsep disebalik perubahan ini, kita akan lebih bersedia menghadapi fasa ini dalam perkahwinan kita.

Kenapa pasangan saya berubah, dulu nampak bahagia, tapi sekarang tiada keceriaan lagi diwajahnya ?

Kenapa dulu dia sangat romantik, tapi sekarang dia banyak abaikan saya ?

Kenapa dulu dia sangat prihatin pada perasaan saya, tapi sekarang macam langsung tak faham apa perasaan saya ?

Kenapa dulu dia sangat penyabar, tapi sekarang sikit-sikit melenting dan mudah marah-marah ?

Kenapa dulu dia sangat hangat diranjang, tapi kini sangat dingin pada saya umpama tidak dihargai ?

Kenapa dulu dia selalu belai saya, sekarang usahkan belai, malah sekarang dipukul pula ?

Inilah realiti yang berlaku pada banyak pasangan muda sekarang. Banyak yang mengambil ringan perkara ini dan dibiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi nanah dalam hati pasangan, membunuh perasaan cintanya, dan akhirnya curang dibelakang kita. Nauzubillah minzalik.. Banyak yang bercerai muda zaman sekarang akibat perkara ini, yang ditunjukkan dalam statistik penceraian yang didaftarkan pada tahun 2013, 80% adalah pasangan berumur bawah 30 tahun.

Jangan biarkan petanda-pentanda perubahan pada pasangan ini menjadi lebih parah, kerana bila luka menjadi nanah, sudah agak terlambat untuk mengubatinya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 45 = 52