Anak

Anak Mengamuk Tak Dapat Handphone, Mak Ayah Jangan Mudah Mengalah, Buat 5 Tindakan Ini

Anak Mengamuk Tak Dapat Handphone, Mak Ayah Jangan Mudah Mengalah, Buat 5 Tindakan Ini! Zaman teknologi ni, jadi kebiasaan mak ayah belikan hand phone untuk kegunaan anak-anak. Anak-anak pula bila dah ralit memang payah nak ‘dipisahkan’ dengan hand phone, sampai sanggup ‘mengamuk’ dan bertindak agresif. Bila berlaku keadaan ini, ramai mak ayah selalunya mengalah dengan anak dan menurutkan permintaan mereka. Perkara ini merupakan satu kesilapan dan perlu diperbetulkan. Sebenarnya ada cara tertentu yang mak ayah boleh lakukan bagi mengatasi perkara ini.

Perkongsian ini sebagai panduan;

“Assalam Dr. Anak saya darjah 4. Hand phone nak pakai tapi syarat tak nak ikut.. bila ibu bapa bertindak anak jadi agresif contohnya mengamuk dan sebagainya. Boleh kongsi bagaimana nak atasi semua ni”(ZMN)

1. Terlalu Awal Beri Telefon

Anda membuat KESILAPAN PERTAMA kerana memberi HP pada anak di usia yang terlalu awal. Kalau pada Tahun 4 sudah terlekat dengan HP, mungkin anda menjinakkan dengan Hp ketika Darjah 3 atau lebih awal.

2. Tindakan Agresif Anak

Tolong jangan membuat KESILAPAN KEDUA dengan mengalah pada tuntutannya semata-mata kerana ia bertindak agresif. Jika itu berlaku dia akan mentafsir “bila aku bertindak agresif,apa yang aku mahu dari ibu ayah aku, aku dapat”

3. Membiarkan Anak

Kelak anda akan membuat KESILAPAN KETIGA kerana membiar anak membesar dengan satu sangkaan atau persepsi bahawa “dalam hidup ini, bila aku bertindak agresif,apa yang aku mahu, aku dapat”. Ia mungkin betul dengan mak dan ayahnya (yang takut bertindak), tetapi satu kesilapan besar dengan orang lain. Bermacam-macam masalah akan dihadapinya di sekolah, dengan kawan dan dengan masyarakat dengan fahaman tersebut.

4. Harus Tegas

Anda akan TERUS MEMBUAT KESILAPAN apabila apa saja yang dituntut dia kena dapat. Sekarang minta nak main dengan HP, esok nak beli game canggih, kemudian nak basikal lajak, bila masuk sekolah menengah nak motorsikal, setelah setahun dua bermotorsikal nak modify motorsikal, nak merempit, nak girlfriend (andaian anak tadi lelaki … ), nak keluar malam … nak macam-macam yang semuanya TERPAKSA ditunaikan kerana ibu dan ayahnya TAKUT ANAK BERTINDAK AGRESIF.

5. Bertindak

Kalau anak ini anak sulong, anda sedang menyemai satu per satu pelbagai masalah besar di masa akan datang kerana nanti tiba giliran adiknya pula yang akan membuat tuntutan yang sama ! Lama lagi anda biar sikap dan tingkah laku ini berterusan lagi sukar anda mahu tanganinya. Bertindak sekarang juga. Kata orang putih PUT A BRAKE !

Buat Syarat Yang Mesti Dipatuhi

Anda mesti berbincang dengan suami perkara ini dan buat kata putus apa syarat-syarat yang mesti dipatuhi jika anak mahu guna HP.

Bersemuka Dengan Anak

Panggil bersemuka dengan anak. Anda dan suami mesti sama-sama menerangkan syarat gunapakai HP berkenaan.

Jangan Mengalah

Anda dan suami kena bertahan. Istiqamah. Konsisten. Jangan mengalah. Ya, berdasarkan pengalaman lepas dia akan terus bertindak agresif, mengamuk dan macam-macam tindakan lain untuk “menuntut haknya pada HP itu” Mungkin dia akan bertindak begini beberapa hari, seminggu atau dua minggu.
Itulah maksud kata-kata Sultan Johor “BIAR ANAK MENANGIS SEKARANG” kerana tidak dapat apa yang dituntut.

Kalau anda kalah dengan tuntutannya dia akan membesar dapat apa saja yang dia mahu,maka kesilapan demi kesilapan anda akan membuat anak itu lama-lama jadi samseng kerana “apa aku mahu apa cara pun aku akan dapat”. Dari sinilah dia akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pada ketika itulah DYMM Sultan menyambung “JANGAN IBU BAPA MENANGIS DI KEMUDIAN HARI”.

Anak Akur

Setelah anda berjaya mempertahankan pendirian baru anda itu (nak guna kena ikut syarat) lama-lama anak akan akur. Dia akan semakin kurang agresif dan mengamuk sebab dia tahu tindakan itu tidak lagi berjaya. Dia akan semakin lembut, reda dan akur dengan pendirian ibu bapanya. ANDA MENANG, ANAK PUN MENANG. Anda menang kerana berjaya mengawal tantrum anak. Anak anda menang kerana kini jadi anak yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Ini bermakna kalau anda biar dia dengan sikap dan tingkah laku kini maka natijahnya ANDA KALAH, ANAK KALAH. Mahu gitu ?

Anak Ikut syarat

Kini anak akan jadi lebih bertanggungjawab, Mahu apa pun kena ada syarat gunanya. Ikut syarat berjaya, tak ikut syarat tak dapat.

Dia kini Tahun 4, 2019 Tahun 5, 2020 Tahun 6, 2021 sekolah menengah. Kalau dia nak ke sekolah menengah terbaik (MRSM, SAINS, SMKA, lain2 sekolah PREMIER) kena ada syaratnya. Apa syaratnya … TEKUN BELAJAR. Itu faedah sampingan yang besar apabila kita membiasakan anak kita, “NAK ITU, INI SYARATNYA”.

RUMUSAN:

Jangan mengalah dengan anak. Kita ibu bapa ada kata putus. Kita bos dalam keluarga. Itu namanya melaksanakan amanah Allah. Anak akan mengamuk sekejab saja. Itu sudah pasti. Jangan kita pula bertindak agresif dengannya. Bersabarlah. Lama-lama dia akan reda dan ikut syarat yang kita letak. InsyaAllah pada ketika itu KITA MENANG, ANAK MENANG.

OH SAYA LUPA…

Kini ibu dan ayah kena spend masa lebih banyak dengan anak. Berbual dengannya (dan adik / abang / kakak). Bermain dengan mereka. Ada kelapangan hujung minggu,masa cuti bawa jalan-jalan ke pantai, ke bukit, ke kampung, ke sungai … ke alam ciptaan Allah dan BUKANNYA asyik ke shopping mall.

Bila ibu bapa habiskan banyak masa dengan anak, pautan kasih sayang bertambah. Kemungkinan anak berkata “Mak ayah aku tak sayang aku sebab tu dia tak bagi HP” tidak akan wujud lagi kerana kini dia sentiasa merasa kasih sayang itu kerana ibu bapa sentiasa ambil berat, ambil peduli dan ambil tahu hal mereka. Demikian pandangan saya. Semuga diberkati Allah, Aaamin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Muhammad Ooi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!