Allah Beri Jodoh Yang Kita Perlu Bukan Yang Kita Mahu

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Dalam kehidupan ini, perlu ada impian dan perancangan. Jadi, tidak salah untuk mengatur perancangan yang memang diimpikan.

Memilih jodoh tidak perlu terburu-buru. Tidak mengapa jika perlu selektif memilih calon isteri atau suami asalkan rumah tangga yang dibina mampu kekal hingga ke jannah.

Sememangnya jodoh itu rahsia Allah namun itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa usaha ke arah mendapatkan jodoh. Seperti perkongsian Amir Syahir ini tentang soal jodoh.

Mungkin ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tetapi jodoh yang dinanti-nanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.

Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.

1. Proses Taaruf

Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik. Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.

Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.

2. Agama

Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.

3. Cari Keserasian

Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.

Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.

4. Selidik Latar Belakang

Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.

5. Perancangan Masa Depan

Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.

6. Bertimbang Rasa

Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.

7. Jadi Diri Sendiri

Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.

Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.

***

Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.

Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti. Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.

Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je “Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri.” Simple.

Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.

Sumber kredit: FB: Amir Syahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 5 = 10