Umum

8 Tips yang Perlu Diambil Kira Dalam Peruntukan Perkahwinan

 

1.Mengenal pasti bentuk perkahwinan yang anda perlukan dan mancapai persetujuan dengan pasangan anda berkenaan dengan perkara seperti pakaian, lokasi, makanan, senarai jemputan dan sebagainya.

2.Apa-apa kos peruntukan harus disenaraikan terlebih dahulu kerana dikuatiri melebihi bajet. Sekiranya bajet terhad, anda harus memilih yang penting atau mencari jalan untuk menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian. Contohnya, anda harus mangambil kira untuk mangambil juru video ataupun juru gambar sahaja untuk perbelanjaan anda. Jika anda rasa kedua-duanya juga penting, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan dari ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang berpengalaman daripada mengupah jurugambar/vidoe dengan harga yang tinggi.

3.Tentukan siapa yang perlu membayar untuk ‘ini’ and siapa perlu untuk bayar yang ‘itu’. Jadi adalah penting kedua-dua pihak berbincang dengan teliti untuk berkongsi perbelanjaan.

4.Membuat pelan untuk menjimatkan wang untuk perkahwinan seperti jimat berbelanja dan menyimpan duit dengan membuka akaun untuk tujuan perkahwinan. Elak dari membuat pinjaman dari bank kerana tidaklah wajar anda meminjam dari bank sehingga menjadi beban pada masa depan.

5.Membuat perbandingan harga sekurang-kurangnya 2 atau 3 pembekal bagi perkhidmatan seperti kedai gambar, kedai bunga, hotel / caterer dan perkhidmatan sewa kereta.

6.Senaraikan semua kos perbelanjaan untuk barangan atau perkhidmatan dan dibandingkan dengan bajet anda. Tujuannya untuk selihat sejauh mana anda perlu berbelanja dan akhirnya anda boleh membuat kesimpulan.

7.Anda perlu simpan semua sebut harga, resit, rekod, perjanjian dan dokumen lain di tempat yang selamat untuk dirujuk apabila perlu.

8.Yang penting, anda harus merancang dan berbelanja dengan bijak untuk mengelakkan kemelut kewangan yang membebankan kehidupan baru untuk tempoh yang panjang sekiranya membuat majlis perkahwinan yang besar-besaran diluar kemampuan anda.

Sumber:bakalpengantin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!