Tips

5 Kegunaan Luar Biasa Kentang Bertunas, Tak Perlu Buang Ya Mak-mak

Sedia maklum kentang bertunas dan kulitnya berubah hijau tak boleh dimakan. Sebab kentang bertunas boleh mengundang keracunan. Akibatkan sakit perut, pening dan mual jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Habis tu.. nak buat apa kentang yang dah bertunas dalam bekas yang banyak-banyak tu.

Takkan nak buang macam itu sajakan. Membazir namanya. Membazir itu amalan syaitan. Syaitan pula musuh yang kita perlu perangi dalam diri. Sebab itu, MW usahakan juga sampai dapat bantu mak-mak memanfaatkan kembali kentang yang dah bertunas dekat rumah tu.

Apa yang perlu dibuat jika kentang dah mula keluar tunas? Ini ‘lifehack’ daripada kentang bertunas yang memang akan memudahkan kerja-kerja mak-mak dekat dapur.

Manfaat Luar Biasa Kentang Bertunas

Pertama : Membuang Karat

Belah kentang bertunas kepada dua bahagian. Gosok permukaan belahan kentang tadi pada bahagian peralatan dapur yang berkarat. Asid yang ada pada jus kentang itulah yang bekerja untuk menyahkan karat.

Kredit foto : wikihow

Caranya: Belah kentang kepada dua bahagian. Letak potongan tadi dalam garam. Sental kentang bersalut garam tadi pada alatan dapur yang berkarat. Ulang langkah yang sama jika garam makin menghilang. Lakukan sampai karat tiada lagi. Jangan lupa bilas dengan air.

Boleh juga campurkan baking soda dan sabun. Caranya sama. Peralatan dapur yang boleh dipraktikkan adalah kuali, permukaan sinki bilik air atau sesetengah bahagian pada kereta.

Kedua : Ejen Pembersih

Percaya atau tidak, kentang bertunas juga boleh dijadikan bahan pembersih daripada kotoran degil malah pengilat kasut. Barangan perak yang kusam pun boleh kembali bersinar dengan bantuan kentang. Cara kilatkan kembali barangan perak, rendam barangan perak dalam air berisi kentang yang dah dikupas.

Biarkan barangan perak terendam kemudian angkat. Lihat kesannya. Untuk kotoran yang degil, gosokkan kentang bertunas yang mentah pada kotoran degil dan siramlah dengan rendaman air kentang.

Ketiga : Merawat Luka Ringan

Petuanya, kentang bertunas boleh merawat luka kecil seperti kulit merengsa, sakit belakang atau sakit kepala. Ia juga dikatakan boleh membantu meraawta masalah ulser dan gout. Caranya, sapukan kentang dihiris pada kulit kepala yang pening tu. Kentang mentah bersihkan dan jadikan pes. Letak pada kulit yang merengsa.

 

Kredit foto : albstroka.com

Keempat : Jadikan Masker Untuk Mencantikkan Kulit

Sebab itu, adanya masker kentang. Sebab kentang mentah boleh mengurangkan kedutan dan membersihkan jerawat. Sapukan kentang mentah yang dah dibersihkan tu pada wjah bermasalah. Boleh juga jadikan pes dan campurkan dengan air, letak pada wajah sekitar 30 minit. Anda juga boleh jadikan kentang mentah sebagai pencuci semulajadi.

Kredit foto : Pinterest

Kelima : Hasil Seni Yang Mengagumkan

Duduklah berkumpul dengan anak-anak dan ambil kentang bertunas tadi untuk menjadi bahan kraf mereka. Sama ada untuk kerja seni pada kertas lukisan, atau anda boleh berkreatif dengan menjadikan bentuk-bentuk kartun kegemaran anak-anak. Misalnya kartun Totoro.

Dah tau kan kegunaan kentang bertunas ni. Jadi lepas ini, bila ada kentang bertunas tak perlulah mak-mak membuangnya. Boleh bersihkan mana-mana alatan dapur yang patut ya.

Sumber : mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

79 − 70 =

error: Content is protected !!