Umum

5 Jenis Makanan Pelik Tapi Sedap Yang Patut Anda Cuba Di Malaysia. Ada Berani?

Orang Malaysia ini pantang ada benda rare atau viral semua nak cuba. Korang tengoklah kalau ada makanan atau tempat-tempat menarik pasti diorang sanggup beratur panjang. Tipu kalau cakap korang tak pernah buat!

Kebanyakkan rakyat Malaysia ini kreatif, jadi tidak hairanlah jika ada banyak makanan dengan bahan-bahan yang korang tak pernah terfikir dijadikan sajian dan paling memeranjatkan hidangan ni sedap weyh!

Ini kami senaraikan 5 makanan dengan bahan yang rare tapi sedap. Check it out!

1. Kaki Ayam

Ada peminat kaki ayam kat sini? Haa.. Kaki ayam ini sangat sedap jika dimasak sup, goreng, sambal atau kari untuk dicicah dengan roti canai. Tapi bagi korang yang tidak menggemari kaki ayam ini, korang mesti rasa pelik dengan penggemar kaki ayam ini.

Kalau korang nak tau kaki ayam ini mempunyai banyak khasiat tau, contohnya kolagen untuk mengekalkan keremajaan kulit dan juga baik untuk membendung sendi tulang yang rapuh. So, lepas ini kalau pergi makan roti canai jangan lupa minta kaki ayam sekali, ya.

2. Sup torpedo

Siapa yang suka lepak mamak mesti tahu yang sup torpedo ini merupakan antara juadah wajib kat kedai mamak. Bagi korang yang tak tahu sup torpedo ini merupakan sup z4k4r lembu.

Sup ini dikatakan mampu meningkatkan kesihatan lelaki, tapi nak tahu betul ke tak, korang kenalah cuba sendiri kat kedai mamak.

3. Semua benda nak letak cheese

Fenomena cheese ini bermula tahun 2016, apabila pisang goreng crispy dihidangkan dengan hirisan cheese. Lama kelamaan banyak hidangan mula menggunakan cheesesebagai penambah selera.

Korang senaraikanlah ayam goreng cheese, nasi goreng cheese, murtabak cheese, nan cheese dan yang terbaru minuman milo turut ditambah cheese. Eww.. Apa ni?

4. Ayam Goreng KFC dengan parmesan dan truffle

KFC ini tak pernah mengecewakan setiap tahun kerana sering mengeluarkan produk-produk baru yang menarik. Tahun ini, KFC perkenalkan KFC Parmesan Truffle Crunch.

Ayam goreng Hot and Spicy tu dihidangkan dengan sos parmesan truffle dengan hirisan keju parmesan. Pada korang yang tak pernah cuba, baik korang serbu KFC cepat sebab hidangan ini untuk waktu yang terhad je tau!

5. Telur asin dalam pencuci mulut

Akhir-akhir ini, telur asin atau salted egg semakin digemari rakyat Malaysia. Kalau dulu korang makan salted egg ni dengan nasi kerabu, tapi sekarang salted egg ni dah diinovasikan dalam macam-macam hidangan.

Antara hidangan yang mula popular ialah donut, puding dan ais krim yang dicampur dengan salted egg. Emm.. Sedapnya. Rupanya orang Malaysia ini kreatif sangat kalau bab makanan, patutlah diorang sanggup beratur panjang kalau ada makanan-makanan best ini.

Sumber: says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 3 =

error: Content is protected !!