Tips Suami Isteri

Inilah 5 Aib Suami Yang Tak Perlu Isteri Cerita Meskipun Tengah Marah Sangat

Suami mana yang ‘perfect’? kalau dah namanya manusia, pasti akan mempunyai kekurangan di mana-mana. Jangan sentiasa mengimpikan lelaki yang manis seperti gula, mempunyai tenaga seperti Thor dan wajah kacak seperti Henry Golding. Ketahuilah bahawa suami yang anda cintakan itu sebenarnya mempunyai banyak kelemahan. Membawang menjadi sinonim kepada para wanita hari ini. Wanita lebih cenderung kepada berbual mengenai isu semasa ataupun selebriti ketika berada di pejabat ataupun sedang menunggu anak keluar dari perkarangan sekolah.

Bukanlahlah nak menegah anda dari para isteri dari bergosip, cuma cenderung anda terhadap menceritakan aib suami anda itu akan lebih berleluasa. Ini antara perkara-perkara yang tak patut anda ceritakan pada orang perihal suami anda.

#1 Ayat yang dikeluarkan suami apabila tengah marah

Penting untuk anda menyimpan rahsia rumah tangga anda dengan tidak menceritakan apa dan bagaimana pergaduhan antara anda dan suami anda. Jika ia benar-benar menganggu mental dan fizikal anda pergilah kepada mereka yang lebih arif dan pakar dalam rumah tangga.

#2 Cerita buruk keluarganya

Perkahwinan bukan bermakna anda berkahwin dengan pasangan anda sahaja, namun ia bersifat menyeluruh dimana anda turut berkahwin dengan keluarga masing-masing. Wanita lebih gemar berkongsi perihal keluarga mertua kepada rakan-rakan, namun biarlah berpada-pada, jangan sehingga membuka aib keluarga tersebut sudahlah.

3# Cerita atas katil

Ini rahsia paling perlu anda simpan! Bukan sahaja dari segi kemanusiaan, malah dalam setiap agama juga melarang anda dari membuka rutin harian anda di atas katil. Jika suami anda mengalami masalah-masalah seperti mati pucuk, berbincang dengannya baik-baik agar rumah tangga anda tidak bergolak.

4# Gaji Suami

Ini sensitiviti yang perlu setiap wanita jaga. Gaji suami melambangkan status suami dan keluarga anda. Sejauh mana pun anda percaya pada orang sekeliling anda, ia akan memberi pandangan negatif kepada orang ramai, jika anda menceritakan perihal gaji suami anda. Lelaki boleh tertekan dan mula meradang jika egonya diperlekehkan. Jadi sila jaga aib suami.

#5 Tabiat buruk

Seperti yang dikatakan pada awalan tadi, tabiat buruk juga merupakan lumrah manusia, tiada sesiapa pun yang tidak mempunyai tabiat buruk. Ia merupakan kekurangan setiap orang dalam dunia ini. Contohnya seperti suami gemar meletakkan baju kotor bersepah di dalam rumah, ataupun tidak mahu membantu dalam mengemas rumah, isterit tidak wajar untuk menceritakan perihal ini kepada orang ramai. Sebaliknya, berbincang secara baik dan beri nasihat. Ada banyak cara untuk mengubah tabiat ni, namun tidaklah perubahan itu sepantas kilat. Semua perkara memerlukan masa.

Sumber : Maskulin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 1

error: Content is protected !!