Panduan Suami Isteri

4 Waktu Terbaik Untuk Suami Isteri Berpe lukan

Apabila usia perkahwinan telah bertambah, kekuatan kasih sayang juga perlulah seiring dengan perkembangan perkahwinan tersebut. Kalau kita tengok situasi masyarakat Barat, makin tua makin romantis hubungan suami isteri atau kekeluargaan mereka. Malangnya bagi masyarakat kita, makin lama sudah berkahwin, makin kurang romantik dengan pasangan masing-masing. Takkan time bercinta sahaja nak bersemut kan?

NAK PE LUK SUAMI/ISTERI PUN GELI?

Sedih saya bila ada suami isteri yang dah rasa jijik nak pe luk-pe luk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua. Padahal pel ukan tu la yang akan merembeskan ‘Hug Hormones’ yang bernama Oxytocin. Perasan tak waktu awal-awal nikah dulu rasa bahagia je memanjang? Rasa macam lautan api pun dapat ku renang, bukit bukau pun dapat ku angkatkan?

Haa, rasa bahagia tu semua terjadi antaranya hasil daripada pelu kan pasangan la tu. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

WAKTU TERBAIK UNTUK SUAMI ISTERI BERPE LUKAN

1. PE LUK KETIKA BANGUN

Pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda pe luk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pe lukan. Macam apa yang kita tengok dalam filem tu kan? Dengan cara ini, aura positif sudah berada di sekeliling sebelum anda memulakan hari yang panjang.

2. PE LUK KETIKA NAK BERANGKAT KERJA

Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja. Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja kan? Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke sekolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelu kan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.

3. PE LUK KETIKA BALIK KERJA

Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelu kan dan masa bersama keluarga. Jangan lah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel. Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku.

4. PE LUK SEBELUM TIDUR

Sebagai mengakhiri hari, pelu kan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil. Dengan pelu kan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama. Pe luk anak-anak sebelum mereka tidur juga perlu dijadikan amalan supaya hubungan kekeluargaan makin erat!

Ini la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Bukan terhadap suami isteri sahaja, teknik pel ukan ini juga boleh diterapkan terhadap anak-anak supaya mereka pun rasa disayangi oleh ibubapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 2 =

error: Content is protected !!