Panduan Suami Isteri

3 Perkara yang Harus Suami Elak Jika Sedang Bergaduh Dengan Isteri

Artikel ini menerima banyak perkongsian di laman Facebook terutama daripada kaum wanita. Malah ramai bersetuju dengan pernyataan yang ditulis oleh seorang suami yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

Sungguh pun status tersebut ditulis ringkas dan lucu tapi ada benarnya pesanan yang meminta suami tidak melakukan 3 perkara sekiranya bergaduh dengan isteri walau pun itu yang disuruh.

Mungkin tak semua namun kebanyakan yang memberi respon dalam perkongsian ini mengakui bahawa  kata-kata wanita selalunya terbalik terutama dalam keadaan emosi.

Apa yang diucapkan terutama dalam keadaan marah tidak sama dengan apa yang didalam hatinya. Lelaki ini juga memberi situasi yang sangat biasa dilalui pasangan suami isteri.

1. Kalau dia cakap jangan keluar!
Pompuan kan kalo ko gaduh ngan dia dia cakap “keluar skang!”, ko jangan keluar!! Ko jangan plak buat muka kerang busuk ambik helmet start moto blah. Tu nak mampos gayanya tu.  Kalo ko pun rase nak marah ko keluar tapi ko g borak2 ngan apek kat bawah. Ko borak kuat2 bagi bini ko dengar. At least dia tau ko takkan pernah berani tinggalkan dia. Ecewahhhh.

2. Kalau dia cakap jangan balik!
Pastu kalo dia sms cakap “jangan balik!!!” Ko balik sekarang jugak!! Ko jangan sambung2 g lepak lagi ngan kawan. Tu memang cari nahas. Peratus rasa sayang bini ko akan drop sikit2..

3. Kalau dia cakap jangan kol!
Pastu lagi kalo gadoh bini ko SMS dia cakap “jangan kol dah!!”. Ko JANGAN TAK KOL! Ko kol jugak dia walau dia tak angkat. Kol kol kol. Kalo dia off hp pun ko kol jugak. At least dia bukak hp nanti ada masuk SMS maxis kata ada miskol dari “my hubby” 40 kali. Sejuk dah hati dia masa tu.

Yang ini kena buat
Pompuan ni memang macam tu. Tak pelik tapi BENAR!! Kalo dia kata jangan ko buat je!! Tapi kalo dia kata JANGAN KAWEN LAIN ko buat jugak tu memang tak sampai skali Jumaat lagi lah nasib ko tu… Makan nasi pakai straw la ko nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 1

error: Content is protected !!