11 Makanan Menaikkan Berat Badan Secara Sihat, Sesuai Untuk Yang Kurus Keding

Selalunya kita dengar orang nak cepat kurus. Tapi, ada juga segolongan yang mempunyai masalah terlalu kurus dan kurang berat badan. Biasanya lelaki akan lebih ‘concern’ kerana mereka akan nampak ‘sekeping’. Hilang macho katanya. Tapi, ada juga sebilangan wanita dan anak kecil atau bayi yang kurang berat badan.

Wanita mengandung pun ada yang mengalami masalah ini dan selalu ditegur doktor kerana kurang berat badan. Jadi, bagi anda yang ingin tambahkan berat badan boleh cuba makanan menaikkan berat badan seperti dalam senarai ini.

11 Makanan Menaikkan Berat Badan Secara Sihat

1. Daging merah

Stik misalnya kaya dengan protein dan zat besi. Sebaiknya cari rib-eyet-boneNew York strip dan beef tenderloin yang mana bukan sahaja membantu menaikkan berat badan malah rasanya juga enak.

2. Lepa kacang

Satu sudu lepa kacang mengandungi 100 kalori dan 4gm protein. Ia juga tinggi folate, magnesium, vitamin E dan B3. Pastikan sebelum anda membeli lepa kacang ini, bahan yang digunakan adalah natural, kurang gula dan tiada perisa tambahan.

3. Susu Whole fat

Elak minum susu skim tapi ambillah susu whole fat. Ini kerana susu whole fat tinggi kandungan vitamin D dan A yang boleh meningkatkan lemak dengan cara sihat.

4. Buah-buahan tropika

Antaranya buah mangga, betik, pisang dan nenas. Buah-buahan ini kaya dengan gula semula jadi dan dapat meningkatkan lemak serta memberi tenaga yang banyak. Buah-buahan ini boleh diambil mentah ataupun diambil dalam bentuk jus serta smoothie.

5. Avokado

Setengah biji buah avokado mengandungi 140 kalori, tinggi potassium, asid folik, vitamin E dan vitamin B.

6. Granola

Snek pembekal tenaga ini juga membantu meningkatkan lemak di dalam badan. Tapi, pastikan ia tiada perisa tambahan dan gula.

7. Roti Whole Wheat

Pakar pemakanan menyarankan agar makan roti Whole Wheat jika ingin menaikkan berat badan.

8. Minyak sayur-sayuran

Minyak zaitun extra virgin, minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak kacang adalah antara minyak yang boleh digunakan dalam masakan jika ingin menaikkan berat badan.

9. Kekacang

Makan kekacang jika ingin meningkatkan berat badan kerana ia penuh lemak dan nutrisi. Kacang almondadalah yang terbaik manakala kacang macadamia pula tinggi kandungan lemak.

10. Keju

Letak keju sebagai makanan tambahan dalam setiap menu yang anda makan dan anda akan lihat hasilnya memandangkan keju sangat tinggi kandungan lemaknya.

11. Ubi kentang

Makanan berkarbohidrat ini memang biasanya dielakkan oleh sesiapa yang ingin kurus. Jadi bagi yang ingin meningkatkan lemak dalam badan, bolehlah ambil kentang kerana ia kaya dengan protein.

Kena Bijak Mengurus Diet

Pastikan anda mengurus diet supaya keperluan seimbang tetap diambil walaupun mengamalkan makanan di atas. Makanan menaikkan berat badan ini membantu meningkatkan lemak sihat dalam badan secara sihat jika dimakan secara sederhana. Tapi, jika dimakan berlebihan, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

39 + = 47