Tazkirah

10 Tahun Telah Berlalu Pergi & Umurku Semakin Tua

Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, Subahanallah…!! Telah banyak uban di kepalaku. Kulit muka ini juga mulai berkedut-kedut dimamah usia. Berapakah usiaku kini? Astaghfirullah… dah 10 tahun berlalu, tahu-tahu aku telah berumur 40 tahun, lebih 50 tahun, ataupun lebih 60 tahun.

Terdetik rasa gelisah di hati, cukupkah amalan yang aku nak bawa ke akhirat nanti? 10 tahun berlalu begitu saja dan sekarang penyakit mula berduyun-duyun menyerangku. Tenaga pun dah mula lemah. Jalan pun dah mula semput. Lantas pandangan pun dah mula kabur dan ingatan mula lemah. Semua yang dulu kuat, tampan, cantik, gagah, memikat hati kini sudah 10 tahun beransur-ansur meninggalkanku.

Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan datang ajal menjemputku. maka aku akan diusung oleh keluargaku ke liang lahad. Apa aku nak buat ni? sempat ke aku nak beramal dengan keadaan aku yang lemah tak bertenaga ni?

Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia yang sering lalai dan leka membiarkan 10 tahun berlalu begitu saja. Waktu kecil, muda, sedar-sedar kini telah beranak-pinak, lantas menjadi datuk-nenek dan menunggu waktu untuk menemuiNya.

Kita tersentak menyedari diri ini yang tidak lama akan m4ti jua. Maka apa yang sudah kita persiapkan saat kita muda remaja , dewasa dan kini sudah tua, untuk menghadap Allah, dan menuju ke rumah abadi kita di akhirat.

Adakah anda sudah membuat 10 YEAR AMAL CHALLENGE? atau masih ingin mengisi masa untuk berf0ya f0ya dengan dunia? Jom muhasabah bersama, jadikan 10 tahun yang lepas sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik di 10 tahun yang akan datang. InsyaAllah.

“Demi Masa!; Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (QS. AL ‘ASR:1-3).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

29 − = 24

error: Content is protected !!